stOry p|x by Maizura

By: maizura madzalan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 18-Mar-2007 03:20 Email | Share | Bookmark
Ella @ KLCC

Dah lama gak la aku berehat dari tengok wayang. Last sekali filem CINTA rasanya. Kali ni planning tengok movie dengan 'budak-budak' semalam. Movie yang dilayan ialah a Yasmin Ahmad's movie; MUKHSIN.

Cadangnya nak ke majlis walimatulurus tengah hari ni. Tapi malas sesangat nak ke Gombak (tapi ke KLCC rajin pulak ngko ek ngehehe). Malam tadi.. punya la susah nak book ticket kat KLCC nih. Aku suruh Bye login tgv.com.my pakai account aku. Tapi selama ni tak pernah la pulak book online tgk kat KLCC (sememangnya malas sket tgk wayang kt sini.. terlalu ramai umat manusia). So sesekali teringin nak tukar selera. Tu yang gagah jugak booking tu. Baru la tahu book kat KLCC kena bayar terus. Cezzz... azab ok. Last-last otak aku yang bijak laksana nih terfikir phone booking. Even dah past midnight pun robot pompan tu still jawab telepon aku. Terima kasih. Terus book 5 tickets dengan selambanya.

Tadi pukul 10 Along balik dari hantar Kak Long pegi keje.. katanya ada piket kat depan US Embassy. Dia suh pegi cepatĀ² before jalan jammed. Tapi pukul 1.30 jugak aku amik Suraya kat rumah. Hehehe.. kena ambik tiket before 2.35pm. Asalnya nak ke KLCC naik train aje. Tapi Sue kata naik LRT mahal. Dari Cempaka ke KLCC.. RM2.50+RM1.60=RM4.10 one way. uik! Naik kete.. parking baru singgit per entry. Adeh.. kene driving la jugak aku ke sana.

Sampai KLCC. Jalan-jalan ambil tiket. Sekali macam pernah ku dengar suara ittew.. Hah Ella!! Walaupun aku bukan la fanatik Ella tapi agak suka la lagu-lagu lama dia. Lagu-lagu baru ni je ada cam hampeh sket. Crowd ramai gila. Stagenya kecik aje. Dekat Center Court tu ada booth promo Dior. Errr.. bila pulak dia jadi duta Dior? Haha lantaklah. Selit-selit ke depan. Tak lepas. Tangkap aje la gambo. Susah kemain sebab dia asik liuk sana liuk sini. Baru nak selit ke depan lagi.. lagu dah abeh. Dia terus ke belakang booth. Tak dapat gak la tangkap gambo Ella dedekat



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net