stOry p|x by Maizura

By: maizura madzalan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 17-Mar-2007 15:30 Email | Share | Bookmark
Matta Fair March 2007

Hati berkobar-kobar first time nak join crowd di Matta Fair. Planning bachelorrette holiday kali kedua berjalan lancar nampaknya. Cadangnya ke Genting Highland. Dalam pukul 12 aku amik Bye dan kazen²nya di Gombak and head to PWTC. Si Sue kerja half day hari ni. Suruh dia naik train ke sana. Maleh aku nak drive ulang-alik.

PWTC... perghhhh.. parking full! Last² parking di The Mall je la. By the time sampai tu dah ramai orang. Tapi considered tak ramai sangat la since beratur takde la panjang berlingkar-lingkar nak beli tiket. Tiket masuk murah jer. RM3 per person. Dia bagi beg kaler hijau tulih 'Matta Fair 2007' sorang satu siap dengan surat khabar printed penuh dengan offer² yang ada. Isk.. menarik..

Masuk dalam.. dia bahagi kepada 3 big halls. Masuk-masuk je Hall 3. Sini sume offer tempat local ngan Asian country. Ada tu offer pergi Bali 4 days/RM172. Uwaaaa!!! Sampai ada la suara-suara sumbang (suara aku la tu..) "Dari nak pergi Genting, ada jugak yang terpergi tempat lain ni". Hahaha.. Habis pusing Hall 3 sambil cari booth Genting yang tak jumpa-jumpa tu dan on the way ke Hall 2 kat seberang Sungai Gombak sinun si Suraya pun sampai. Tiket dia kat kitorang. Terpaksa la keluar balik. Nasib la dia punya tiket yang jenis gelang sticker kat tangan tu.

Kali ni dah bijak sikit. Tengok senarai booth yang ada. Travel agent, Hotelier, dan memacam lagi yang ada dalam list. Haaaaa.. baru la jumpa booth Genting tu. Oooo kat Hall 1. Patut la tak jumpa. Masuk balik.. Terus ke Hall 1. Tercangak-cangak kejap tengok offer yang ada kat Genting. Actually dah beberapa minggu duk usha website Genting tu. Tapi selalu ada persoalan. Macam mana nak pegi? Macam mana biliknya? Ada breakfast sekali ke? Ada tiket theme park sekali ke? Bila tanya di kaunter.. Wahhhh murahhhh..!! Tapi harga tu masa low peak season. Cezzz... Bila masanya pulak nak pegi time weekdays pulak kan. Memasing keje. Akak kaunter tu kata "Kene book online dik". Dia tunjuk kat deret pc kat tepi kaunter tu. Ooooo i see..

Baru nak picit-picit pc tu. Ada abang ni datang entertain. Diskas punye diskas. Kompom bulan depan kitorang pergi bercuti. Harga pun dalam RM100/++ lebih murah dari yang diusha sebelom ni. Siap beli Dining Card dua keping. Yeyyy!!! Mission accomplish. So sekarang jalan-jalan usha percutian oberdesi pulak. Si Bye dan kazen² plan nak boliday hujung tahun ni. Jumpa Muslim Tour dengan reasonable price. Duduk sembang-sembang dengan promoter tu. Dia suggest datang Matta Fair bulan 9 nanti sebab offer yang ada sekarang sampai bulan 10 jer. Laaaaaaaaaaaaa.... tapi takpe la. At least we got an idea which package, which travel agent and more time to save some money for that trip lah Hehehe..

Dalam pada tu sempat la kitorang beratur amik belon free heart shape kat booth Taiwan. Ekekekeke.. abang belon tu kata "Jaga elok-elok belon ni. Ni hati abang ni." Aku kata "InsyaAllah. Habis kuat pun belon ni pecah je." Terbeliak mata abang tu. Huhuhuhu.. Memang tekaanku benar belaka. Sampai rumah. Tak sampai sejam belon tu dah pecah Danish kerja kan. Mana taknya.. sangkut kat kipas. Hahaha..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net