Automate your Marketing
with Womplify




 
stOry p|x by Maizura

By: maizura madzalan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 21-Apr-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Bachelorette Holiday - Part 3

Pagi² bangun pegi breakfast kt Happy Happy Restaurant. Ada 2 kupon aje. Orangnya ada 4. Apa lagi.. usung beg la pegi breakfast. ekekekeke... Theme park tu kat sbelah restoren jer. Tapi terlindung dgn pokok bunga la partition la.. dengar aje la bunyik dorang sakan jerit² kat sebelah tu. Balik bilik.. siap² dan bermulalah sesi cari dan buang penyakit. Hahahaha.. dari nak ilangkan stress dapat plak pening kepala dan letih.. takpe.. pening dan letih yang menyeronokkan. ekekekekekk

Ramainya orang kat theme park ni hari ni tapi takde la sampai sesak. Maybe orang simpan cuti untuk minggu depan kot. hehe.. so are you ready to burst your adrenalin? Ayo!!!!

Mari kita mulakan dengan Spinner. Haa tau spinner? Alaaa masuk² je themepark tu dah nampak dah. Cam buaian pusing² tu. Tinggi gila dia pusing. Masa pusing² seronok je. Bila turun memasing cam orang mabuk... wakakakaka.. berpinau kepala.. Aiseyyy.. starting yang silap lah. Lama gak pening tu nak ilang. Jom ambek gambo duluu.. POSINGGGGGGGG!!!



Okay.. jom beratur naik Cyclone pulak. Cyclone ni sama je cam rollercoaster yang lain. Cuma dia takde section yang terbalik pusing 360 degree tu je lah. Dia jalan sebijik kereta muat 4 orang. Ensem la utk kitorang berempat turun jer... sekali ada booth utk beli gambo. Aik bila masa dia ambik? Dah la muka terkejut memasing sebab angle camera tu snap betul² dekat tempat time kita tengah menjerit. Hahahahahaha... nasib ler.. empat² maleh nak beli. So jenjalan lagi kita.

Berato naik Pirate Ship pulak. Teringat zaman muda mudi dulu kat Starlight Express (macam familiar tak nama tu? hihihihi The Mall la.. mana lagi ). Naik kapal ala² Zamperla. Tapi akak tukang jaga tu sikit punya serius muka dia. Boring kut sbb Pirate Ship ni locate kat ulu sket. Memang nostalgia lah Pirate Ship nih. hehehe..

Lepas tu kitorang berehat sekejap.. pegi toilet.. keluar pegi indoor park. Eh bleh keluar ker? Wonder gak la kan. Siap tanya abang kat gate tu. Dia kata "Bleh keluar.. tapi jangan bukak gelang tangan spesel ni tau". Hehehe dah terjawab persoalan. Kitorang gi makan.. lunch ala kadar jer sbb tak lapar pun. Ada gak suara² yang mencadangkan balik bilik tido dulu. Hahahaha..


Friday, 20-Apr-2007 14:30 Email | Share | | Bookmark
Bachelorette Holiday - Part 2

Yeahoooo!!!!!!!!! Welcome to Genting Highland!!!!!!

Weekend nih kita akan menginap di Theme Park Hotel. Turun skyway.. jalan kaki cari Theme Park Hotel. Senang aje nak ke mana² kat Genting nih. Ikut je signboard. InsyaAllah tak sesat. Kalo tgk map.. nampak cam kecik ke Genting tu. Cuba try jalan kaki dari satu hotel ke satu hotel. Lenguh gilaaaaa siot..!!

Check-in dari kul 1 sampai kul 3. Pembayaran dah buat sesiap masa booking dulu. Triple Room yang kitorg book tu ada 3 jenis. 3 single bed... 1 queen bed 1 single bed.. atau 2 queen bed. Kitorang amik yang 2 queen bed. Tapi bukan kat main building.. dia kat valley wing.



Sampai bilik guling².. tibai roti + kaya si Sue. hahahhha lapo.. Pastu layan tido plak dulu. Bayo utang ngantuk pagi tadi. Bangun maghrib dan siap² nak gi dinner. Jalan² kat First World Plaza. Makan kat Market Food Street. Kuey Teow Goreng RM10 + Nescafe O RM4. Lepas makan.. tengok Cineplex.. cadangnya nak tgk Wild Hogs. Movie midnite.. pukul 11.15. Pop corn dia murah gila banding ngn popcorn kat KL. Sambil tunggu pukul 11.15.. kitorg pegi jalan² kat First World Hotel lobby. Cantik gila Genting sekarang ek.. dulu datang sini tak pernah jalan² kat dalam nih. Selalunya terus tuju outdoor theme park aje.



ahahahahahahah.. Wild Hogs abeh pukul 2 cam gitu ar. Kelakar cite dia.. On the way nk balik bilik tuh (bleh tahan la jauhnya).. 'terskodeng' seseorang sedang berdating.. Auwwww!!!!


Friday, 20-Apr-2007 10:00 Email | Share | | Bookmark
Bachelorette Holiday - Part 1

Dari mlm tadi lagi aku dah dikidnap si Cyn. Semalam aku keje. Dah malam baru nak berkemas ngn pack kain-baju. Sanggup ni Cyn amik aku kat rumah.. asalkan aku tido umah dia mlm ni.. Ideanya nak ajak Sue sekali. Tapi Sue ada kenduri tahlil hari ni so jumpa dia kat Terminal aje la esk. Aku sempat basuh kain baju sementara tunggu si Cyn nih dtg. Kul10.30 cam gitu la aku suh dia dtg. Dah lama tak sembang dengan sesapa before tido. Abeh cerita nostalgia terbongkar balik. Bukannya tido budak 2 org nih.. tapi sakan mengekek ketawa dalam gelap teringat cerita kelakar masa skolah dulu. muahahahaha...

Pepagi bgn.. sarapan dulu.. pastu cari tiket bas ekspress + skyway kat Terminal LRT PUTRA. Beli terus utk Sue dan Sham. Tiket pukul 12. Kazen² si Cyn yang nak join kitorg tak jadi join sbb ada emergency kat rumah. Tiket tu kitorg beli sekali untuk balik hari Ahad ni jugak. Senang... nnti takyah nk tercangak² nak beli tiket kat sana.

Tgh hari, kul12 ibu Cyn hanto kitorg kat Terminal. Sham dah sampai dah. Baru letak beg.. Sue pun sampai. Dia naik LRT. Sembang² sambil tunggu bas. Perjalanan Terminal PUTRA ke Skyway Lower Station tu amik masa 45 minit jer.. dan 15 minit lg naik skyway sampai atas. Dalam bas aku sempat membuta. Ngantuk malam td tak abeh lg.. ntah pukul brape kitorg tido. Hahahaha..

Sampai Skyway Lower Station tu.. punya la seronok sebab takde orang beratur berlingkar² nak naik skyway. hahahahaha... gelak jahat. Baru harini aku tau.. rupa² si Sham ni nampak je macho.. tapi gayat. ekekekeekeke... takpe.. mari kita amik gambo duluuuuu..!!!!!






Sunday, 18-Mar-2007 03:20 Email | Share | | Bookmark
Ella @ KLCC

Dah lama gak la aku berehat dari tengok wayang. Last sekali filem CINTA rasanya. Kali ni planning tengok movie dengan 'budak-budak' semalam. Movie yang dilayan ialah a Yasmin Ahmad's movie; MUKHSIN.

Cadangnya nak ke majlis walimatulurus tengah hari ni. Tapi malas sesangat nak ke Gombak (tapi ke KLCC rajin pulak ngko ek ngehehe). Malam tadi.. punya la susah nak book ticket kat KLCC nih. Aku suruh Bye login tgv.com.my pakai account aku. Tapi selama ni tak pernah la pulak book online tgk kat KLCC (sememangnya malas sket tgk wayang kt sini.. terlalu ramai umat manusia). So sesekali teringin nak tukar selera. Tu yang gagah jugak booking tu. Baru la tahu book kat KLCC kena bayar terus. Cezzz... azab ok. Last-last otak aku yang bijak laksana nih terfikir phone booking. Even dah past midnight pun robot pompan tu still jawab telepon aku. Terima kasih. Terus book 5 tickets dengan selambanya.

Tadi pukul 10 Along balik dari hantar Kak Long pegi keje.. katanya ada piket kat depan US Embassy. Dia suh pegi cepat² before jalan jammed. Tapi pukul 1.30 jugak aku amik Suraya kat rumah. Hehehe.. kena ambik tiket before 2.35pm. Asalnya nak ke KLCC naik train aje. Tapi Sue kata naik LRT mahal. Dari Cempaka ke KLCC.. RM2.50+RM1.60=RM4.10 one way. uik! Naik kete.. parking baru singgit per entry. Adeh.. kene driving la jugak aku ke sana.

Sampai KLCC. Jalan-jalan ambil tiket. Sekali macam pernah ku dengar suara ittew.. Hah Ella!! Walaupun aku bukan la fanatik Ella tapi agak suka la lagu-lagu lama dia. Lagu-lagu baru ni je ada cam hampeh sket. Crowd ramai gila. Stagenya kecik aje. Dekat Center Court tu ada booth promo Dior. Errr.. bila pulak dia jadi duta Dior? Haha lantaklah. Selit-selit ke depan. Tak lepas. Tangkap aje la gambo. Susah kemain sebab dia asik liuk sana liuk sini. Baru nak selit ke depan lagi.. lagu dah abeh. Dia terus ke belakang booth. Tak dapat gak la tangkap gambo Ella dedekat



Saturday, 17-Mar-2007 15:30 Email | Share | | Bookmark
Matta Fair March 2007

Hati berkobar-kobar first time nak join crowd di Matta Fair. Planning bachelorrette holiday kali kedua berjalan lancar nampaknya. Cadangnya ke Genting Highland. Dalam pukul 12 aku amik Bye dan kazen²nya di Gombak and head to PWTC. Si Sue kerja half day hari ni. Suruh dia naik train ke sana. Maleh aku nak drive ulang-alik.

PWTC... perghhhh.. parking full! Last² parking di The Mall je la. By the time sampai tu dah ramai orang. Tapi considered tak ramai sangat la since beratur takde la panjang berlingkar-lingkar nak beli tiket. Tiket masuk murah jer. RM3 per person. Dia bagi beg kaler hijau tulih 'Matta Fair 2007' sorang satu siap dengan surat khabar printed penuh dengan offer² yang ada. Isk.. menarik..

Masuk dalam.. dia bahagi kepada 3 big halls. Masuk-masuk je Hall 3. Sini sume offer tempat local ngan Asian country. Ada tu offer pergi Bali 4 days/RM172. Uwaaaa!!! Sampai ada la suara-suara sumbang (suara aku la tu..) "Dari nak pergi Genting, ada jugak yang terpergi tempat lain ni". Hahaha.. Habis pusing Hall 3 sambil cari booth Genting yang tak jumpa-jumpa tu dan on the way ke Hall 2 kat seberang Sungai Gombak sinun si Suraya pun sampai. Tiket dia kat kitorang. Terpaksa la keluar balik. Nasib la dia punya tiket yang jenis gelang sticker kat tangan tu.

Kali ni dah bijak sikit. Tengok senarai booth yang ada. Travel agent, Hotelier, dan memacam lagi yang ada dalam list. Haaaaa.. baru la jumpa booth Genting tu. Oooo kat Hall 1. Patut la tak jumpa. Masuk balik.. Terus ke Hall 1. Tercangak-cangak kejap tengok offer yang ada kat Genting. Actually dah beberapa minggu duk usha website Genting tu. Tapi selalu ada persoalan. Macam mana nak pegi? Macam mana biliknya? Ada breakfast sekali ke? Ada tiket theme park sekali ke? Bila tanya di kaunter.. Wahhhh murahhhh..!! Tapi harga tu masa low peak season. Cezzz... Bila masanya pulak nak pegi time weekdays pulak kan. Memasing keje. Akak kaunter tu kata "Kene book online dik". Dia tunjuk kat deret pc kat tepi kaunter tu. Ooooo i see..

Baru nak picit-picit pc tu. Ada abang ni datang entertain. Diskas punye diskas. Kompom bulan depan kitorang pergi bercuti. Harga pun dalam RM100/++ lebih murah dari yang diusha sebelom ni. Siap beli Dining Card dua keping. Yeyyy!!! Mission accomplish. So sekarang jalan-jalan usha percutian oberdesi pulak. Si Bye dan kazen² plan nak boliday hujung tahun ni. Jumpa Muslim Tour dengan reasonable price. Duduk sembang-sembang dengan promoter tu. Dia suggest datang Matta Fair bulan 9 nanti sebab offer yang ada sekarang sampai bulan 10 jer. Laaaaaaaaaaaaa.... tapi takpe la. At least we got an idea which package, which travel agent and more time to save some money for that trip lah Hehehe..

Dalam pada tu sempat la kitorang beratur amik belon free heart shape kat booth Taiwan. Ekekekeke.. abang belon tu kata "Jaga elok-elok belon ni. Ni hati abang ni." Aku kata "InsyaAllah. Habis kuat pun belon ni pecah je." Terbeliak mata abang tu. Huhuhuhu.. Memang tekaanku benar belaka. Sampai rumah. Tak sampai sejam belon tu dah pecah Danish kerja kan. Mana taknya.. sangkut kat kipas. Hahaha..



[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016 | Powered by Womplify

ns4008464.ip-198-27-69.net